pengertian puasa

Pengertian Puasa Serta Hukum, Syarat dan Rukun Puasa

Diposting pada

Pengertian Puasa (Blogtama.com) – Bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi. Kali ini kita akan membahas tentang pengertian puasa. Baik dari segi makalah pengertian puasa, puasa ramadhan, puasa makruh, puasa haram, puasa wajib, puasa sunnah, dan hukum, syarat serta rukun berpuasa bagi seorang muslim.

Berikut ini kita akan membahasnya secara rinci :

Pengertian Puasa Beserta Macam-Macam Puasa

Apa yang dimaksud dengan Puasa?

Yang dimaksud puasa adalah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Macam-Macam Hukum Puasa

Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu :

  • Pengertian Puasa Wajib – Puasa pada bulan Ramadhan.
  • Pengertian Puasa Sunah – Puasa pada hari-hari tertentu.
  • Pengertian Puasa Haram – Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa.

Apa Saja Syarat Wajib Puasa

  • Beragama Islam
  • Baligh (telah mencapai umur dewasa)
  • Berakal
  • Berupaya untuk mengerjakannya.
  • Sihat
  • Tidak musafir

Rukun Puasa Ada Berapa

  1. Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
  2. Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.

Syarat Sah Berpuasa

  • Beragama Islam
  • Berakal
  • Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
  • Hari yang sah berpuasa.

Contoh Sunnah Puasa

  • Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
  • Melambatkan bersahur
  • Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
  • Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
  • Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
  • Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
  • Membaca doa berbuka puasa

Perkara Makruh Ketika Berpuasa

  • Selalu berkumur-kumur
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Berbekam kecuali perlu
  • Mengulum sesuatu

Yang membatalkan Puasa

  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
  • kedatangan haid atau nifas
  • Melahirkan anak atau keguguran
  • Gila walaupun sekejap
  • Mabuk ataupun pingsan sepanjang hari
  • Murtad atau keluar daripada agama Islam

Puasa-Puasa Sunnah yang Dianjurkan

  • Hari Senin dan Kamis
  • Hari putih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
  • Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  • Enam hari dalam bulan Syawal

Waktu Haram Berpuasa

  • Hari raya Idul Fitri (1 Syawal)
  • Hari raya Idul Adha (10 Zulhijjah)
  • Hari syak (29 Syaaban)
  • Hari Tasrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)

Nah itu dia yang bisa dijelaskan, semoga ada hikmah dari artikel ini, dan kita sebagai muslim lebih memahami apa saja yang dimaksud dalam penjelasan tentang puasa, syarat, rukun dan hukum berpuasa, hingga waktu yang dianjurkan untuk berpuasa hingga waktu yang diharamkan untuk berpuasa.

Baca Juga : Syarat Menikah yang Sah dalam Islam

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *